Pages

Tuesday 1 January 2013

Senarai Telefon Pintar yang boleh di rebat RM200




Syarat Permohonan Rebate RM200 Telefon Pintar 3G

Apakah syarat syarat yang dikenakan untuk mendapatkan Rebate RM200?
  • Rakyat Malaysia yang berumur dari 21 tahun hingga 30 tahun
  • Pendapatan sebulan individu tersebut adalah sebanyak RM3000 dan ke bawah
  • Setiap Individu hanya layak mendapatkan/ membeli satu telefon pintar
  • Model Telefon Pintar bawah harga RM500
  • Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih sedia ada atau memohon pakej baru


Syarat syarat di atas telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Permohonan rebat RM200 ini terbuka dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. sebarang maklumat lanjut berkenaan rebat RM200, anda boleh menghubungi atau melayari laman web rasmi SKMM.

Saturday 20 October 2012

1 November : Budak Pailang ( Trailer )

Filem Aksi yang bertajuk Budak Pailang ini merupakan Filem terbitan MIG Production. Pengarah filem ini adalah pengarah yang sama bagi filem Papa I Love You dan Sekali lagi. Filem ini sama sekali berlainan genre dengan filem filem yang sebelumnya. Aku harap filem ini bakal menarik ramai penonton filem melayu ke panggung pada 1 November akan datang.


Filem ini dibintangi oleh pelakon pelakon yang kini semakin meningkat naik namanya iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Selain dari mereka..ada beberapa pelakon lain yang turut menjayakan filem Budak Pailang ini seperti Eppy Raja Lawak, Man Rahman, Zul Suphian, Aren Yunos, Zalif Sidek dan ramai lagi. Jom kita saksikan Trailer filem ini.



Credit sepenuhnya kepada http://metrowealthpictures.net untuk gambar diatas!

29 November 2012 : Lagenda Budak Setan 2 "Katerina"

Filem arahan Sharad Sharan ini bakal ditayangkan di pawagam pada 29 November 2012 nanti..Lagenda Budak Setan 2 nih merupakan susulan dari Lagenda Budak Setan yang pernah ditayangkan pada tahun 2010. For sure you guys still ingat cerita nih kan.


Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 "Katerina"

sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. 

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.

Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.


Credit sepenuh kepada http://blog.mohdisa.com untuk Sinopsis Filem ini.

Jom Saksikan Trailer Lagenda Budak Setan 2 "Katerina"


Filem ini menampikan ramai pelakon pelakon hebat seperti Maya Karin, Farid Kamil, Blont Palarae, Azri Iskandar dan juga Lana Nordin. kepada peminat filem filem romantik dan tangkap leleh..jangan lupe terjah panggung pada 29 November akan datang.


Q and A from Sex Blog Partner ( Avlin Tan Jye Yee and Vivian Lee )


seriously?