Filem arahan Sharad Sharan ini bakal ditayangkan di pawagam pada 29 November 2012 nanti..Lagenda Budak Setan 2 nih merupakan susulan dari Lagenda Budak Setan yang pernah ditayangkan pada tahun 2010. For sure you guys still ingat cerita nih kan.
Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 "Katerina"
sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu,
selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang,
Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga
semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman
dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina
mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering
keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa
cinta.
Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya.
Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea
tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga
hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah
dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan
kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya
sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih
menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan
lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam
dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.
Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti
kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah
Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan
dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku.
Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan
terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari
Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras
untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa
dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.
Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun.
Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka
masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam
dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang
sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam,
beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan
batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara
Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah
satu-satunya abang yang dia ada.
Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke
rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai,
Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya
itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan.
Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu
kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah
meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai.
Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga
Hisyam menderita sampai mati.
Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan
cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris
jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan
tak bererti lagi baginya.Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan
kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini,
barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan
dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.
Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan
menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara
sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar,
mengadap ayahnya Sofean.Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa
berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka
berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi
Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan
menemui titik noktahnya.
Credit sepenuh kepada http://blog.mohdisa.com untuk Sinopsis Filem ini.
Jom Saksikan Trailer Lagenda Budak Setan 2 "Katerina"
Filem ini menampikan ramai pelakon pelakon hebat seperti Maya Karin, Farid Kamil, Blont Palarae, Azri Iskandar dan juga Lana Nordin. kepada peminat filem filem romantik dan tangkap leleh..jangan lupe terjah panggung pada 29 November akan datang.
No comments:
Post a Comment